Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kira-Kira 510 Gelandangan Diberi...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 510 gelandangan diselamat dan ditempatkan di dua pusat transit dan...

Agong Bantu Mangsa Kemalangan

SHAH ALAM - Keperibadian mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah...

Kilang Coklat Terbesar Dicemari...

BRUSSELS, Belgium – Pengeluaran di kilang coklat terbesar dunia di Belgium dihentikan selepas...

Mah Tak Gentar Hadapi...

PUTRAJAYA - Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong tidak gentar bertarung di...

Jenama Nokia Mungkin Kembali Pada 2016

KAMI yakin pasti ramai yang merindui telefon bimbit Nokia, jenama iconic besar suatu ketika dahulu.

Terbaharu, terdapat ura-ura Nokia mungkin kembali ke arena telefon pintar seawal tahun depan, sebaik sahaja perjanjian mereka dengan Microsoft tamat.

Bagaimanapun, berkemungkinan kita tidak akan melihat Nokia mengeluarkan peranti seperti sebelum ini sebaliknya melesenkan jenama mereka untuk digunakan pengeluar lain.

Nokia sebelum ini telah melesenkan jenama dan rekaan mereka kepada pengeluar di China untuk tablet Nokia N1 yang hanya ditawarkan di beberapa pasaran terpilih buat masa ini.

Kaedah sama dijangka dilakukan oleh Nokia untuk telefon pintar, di mana Nokia mungkin membangunkan rekaan peranti sebelum melesenkannya kepada pihak yang berminat.

nokiaaaa2

Sampai sekarang ramai pengguna meminati rekaan peranti Nokia malah jenama ini masih jadi bualan ramai, jadi pihak Nokia mungkin tidak ingin menamatkannya begitu sahaja.

Minggu lepas, Nokia telah mengumumkan akan menyerap Alcatel-Lucent dalam syarikat mereka dengan fokus terhadap rangkaian, dan pada masa sama memberikan klu mahu menjual bahagian pemetaan – HERE Maps.


Bagaimanapun, Nokia Technologies yang membangunkan teknologi baru dan melesenkan paten serta portfolio syarikat dikekalkan sebagai bahagian berasingan.

Nokia N1 merupakan hasil daripada Nokia Technologies, selain antaramuka untuk Android iaitu Z-Launcher.

Selain telefon pintar, Nokia mempunyai sejumlah perancangan menarik pada tahun hadapan termasuk menawarkan sesuatu berkaitan teknologi realiti maya.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: re/code

https://www.youtube.com/watch?v=Lm899TPj0CE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori