Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pembantu Guru Tabika Menang...

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu.Seorang...

Pemimpin Wanita BN, PH...

PETALING JAYA – Pemimpin Wanita Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) buat...

Ibu Ajar Elfira Jadi...

TIDAK dinafikan, jaika dalam hal menguruskan rumah tangga, kaum perempuan semestinya merujuk kepada...

23 Maut Serangan Bom...

N'DJAMENA - Sekurang-kurangnya 23 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam dua serangan...

Jentera BN Permatang Pauh Harus Dekati Setiap Pengundi

BUKIT MERTAJAM – Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diminta mendekati setiap pengundi dan jangan terlalu fokus kepada pendekatan lama ketika berkempen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi berkata ia penting bagi memastikan segala isu-isu yang berbangkit di peringkat tempatan, negeri atau nasional dapat dijawab secara menyeluruh.

“Yang penting pengundi di sini harus didekati satu persatu dengan hati ikhlas agar mereka tahu kali ini mereka memerlukan BN untuk bawa pembangunan di sini,” katanya di hadapan hampir 1,000 hadirin ketika melancarkan Jentera BN Permatang Pauh di Pusat Operasi BN di Perda City Mall di sini, hari ini.

Antara hadir sama Timbalan Pengerusi UMNO merangkap Pengarah Utama BN Permatang Pauh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi MCA Negeri, Datuk Chew Mei Fun, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said serta pemimpin kanan parti komponen BN.

Ahmad Zahid, yang juga Pengarah BN PKR Permatang Pauh, menyeru pemimpin parti komponen BN supaya mengetepikan segala permasalahan dalaman parti mahu pun antara parti sebelum ini, sebaliknya memberi tumpuan penuh bagi merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada pembangkang.

“Kita semua perlu berusaha meyakinkan pengundi di sini untuk memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Setiausaha UMNO Bahagian Permatang pauh, Suhaimi Shabudin, 44, diangkat sebagai calon BN bagi PKR Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata lebih 3,000 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya kecil itu.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh setelah Lembaga Pengampuan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac lepas.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima terhadap Anwar, 68, selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

https://youtu.be/_k45H-gvSgw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori