BELUM pun reda kontroversi cium mulut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014, muncul pula khabar angin baru yang dakwa pelawak terkenal, Johan sering dikongkong dan dikawal ketat oleh isterinya, Ozlynn Wati.
Kenyataan itu dikukuhkan selepas ada menyatakan segala tindak-tanduk dan keputusan yang dibuat pelawak itu perlu disaring oleh Ozlynn.
Bagaimanapun, Ozlynn yang merupakan seorang pelakon menafikan dakwaan tersebut.
Jelas Ozlynn, dia hanya membantu dalam menasihati suaminya mengenai perkembangan kerjaya seninya.
“Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Kebetulan saya terlebih dahulu menceburi bidang ini berbanding Johan yang kerjaya seninya baru bermula sekitar 2007.
“Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula,†kata Ozlynn.
Dalam pada itu, Ozlynn mengakui dia banyak memastikan Johan mengikuti jadual kerana suaminya terlalu sibuk dan menasihati Johan mengenai tawaran pekerjaan yang mendatang. – MYNEWSHUB.CC