Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Janji Jawab...

KOTA MARUDU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini berkata...

EPL: Van Gaal Terus...

MANCHESTER - Louis van Gaal menggesa bintangnya, Angel di Maria untuk terus 'mengganas'...

Gambar: Aksi Comel Tupai...

SEORANG jurugambar berjaya menghasilkan antara gambar terbaik pernah ditangkap selepas memberikan seekor tupai...

Netizen ‘Muntah’ Baca Drama...

SANDIWARA... Ramai maklum kemelut serius yang berlaku dalam PKR sehingga 'goncang' Pakatan Harapan...

Jualan Harumanis Perlis Dijangka Cecah RM60j Tahun Ini

KANGAR – Pengeluaran mempelam harumanis Perlis dijangka mencecah kira-kira 3,200 tan metrik dengan menghasilkan pendapatan sebanyak RM60 juta tahun ini.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri Zulkepli Amin Jusoh berkata mempelam tersebut bukan sahaja mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan, malah turut menerima tempahan dari luar negara antaranya Jepun, Singapura, Brunei, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu.

“Sebanyak 50 tan metrik mempelam harumanis akan dihantar ke negara-negara tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di ladang mempelam harumanis Bukit Bintang milik jabatan berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25 pengusaha persendirian turut membekalkan mempelam itu kepada Jabatan Pertanian bagi memenuhi permintaan tersebut.

Zulkepli Amin berkata keadaan cuaca panas pada tahun ini, membolehkan pokok-pokok mempelam tersebut tumbuh subur sehingga mengeluarkan bunga dengan banyak serta tidak gugur seperti yang berlaku musim lepas akibat hujan.

Katanya jualan mempelam harumanis pada tahun lepas ialah kira-kira 2,000 tan metrik dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM45 juta.

Beliau berkata jualan mempelam itu di ladang Bukit Bintang akan bermula 1 Mei dan dijangka berakhir pada penghujung Jun ini.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan melancarkan majlis jualan rasmi pada 26 April, bersempena perasmian Festival Harumanis yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Jun di ladang tersebut.

Dalam pada itu, Zulkepli Amin berkata pengunjung pesta jualan itu akan berpeluang melawat ladang Bukit Bintang seluas 60 hektar dengan menaiki kereta api khas.

Kira-kira 1,000 hektar tanah di seluruh Perlis ditanam dengan mempelam harumanis termasuk oleh hampir 1,000 pengusaha persendirian, katanya.

Beliau berkata harga jualan mempelam harumanis di ladang bagi gred A (berat lebih 350 gram sebiji) ditetapkan RM20 sekilogram, manakala gred B (kurang 350 gram sebiji) ialah RM18 sekilogram.

Katanya pasukan petugas khas dianggotai pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis; Majlis Perbandaran Kangar (MPK), polis dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah dibentuk bagi memantau penipuan penjualan harumanis di negeri ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori