Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Datuk Red Kongsi Rahsia...

SUSULAN penyebaran video menunjukkan suami Adira, Datuk Red sedang merangkul mesra pinggang pelakon...

5 Pemimpin Srikandi PPBM...

ALOR SETAR - Pergolakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin parah apabila...

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat...

SANTIAGO - Tentera Udara Chile telah menemui serpihan dipercayai dari pesawat kargo tentera...

Tok Mo Beri Bayangan...

DI atas kertas, pasukan Kedah dan Pahang yang bakal membuat perhitungan pada final...

Judi: Pemilik Pusat Dandan Rambut Antara 13 Orang Ditahan

ROMPIN – Pemilik pusat dandan rambut antara 13 orang yang ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram di tiga lokasi berasingan sekitar Bandar Muadzam Shah dan Pulau Tioman pada Selasa dan semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kes pertama polis menahan 10 orang yang sedang berjudi secara dalam talian dan penganjurnya di sebuah premis di Bandar Muadzam Shah dekat sini pada Selasa lepas.

“Berdasarkan maklumat orang ramai, satu serbuan telah dibuat di sebuah premis dan hasilnya berjaya menahan 11 individu berusia antara 40-an hingga 50-an yang sedang berjudi dengan menggunakan tablet,” katanya pada sidang media di sini Isnin.

Beliau berkata 13 tablet serta wang tunai RM744 telah dirampas.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1952, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap tablet yang dirampas, katanya.


Selain itu, Sharifuddin berkata pada hari sama polis turut menahan seorang pemilik pusat dandan rambut di Bandar Muadzam Shah yang menawarkan pertaruhan loteri awam kepada orang ramai.

Katanya wanita berusia lingkungan 40-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1952, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 atau tidak lebih dari lima tahun penjara.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 40-an ditahan di Kampung Tekek, Pulau Tioman petang semalam kerana menawarkan pertaruhan loteri awam di sebuah rumah tidak bernombor.

Katanya polis turut merampas wang tunai RM5,800 dan kes disiasat mengikut Seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori