Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

123 Saman Dikeluarkan Dalam...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 123 saman malam...

2 Suspek Menyamar Polis...

BESUT - Dua suspek lelaki ditahan polis manakala seorang lagi masih bebas setelah...

Jangan Biarkan Bangunan Bekas...

KULIM, 30 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) meminta pemilik bangunan yang...

SPR Tanggal Poster, Kain...

BUTTERWORTH - Pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Jumlah Hari Operasi Pasar Tani Akan Ditambah – Fama

TAWAU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk menambah hari operasi 580 pasar tani di seluruh negara kepada dua atau tiga kali seminggu.

Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya kini sedang berbincang mengenai perkara itu dengan majlis daerah di kawasan pasar tani berkenaan.

“Sekarang pasar tani hanya beroperasi sekali dalam seminggu dan kita berharap dapat menambah jumlah hari operasinya kepada dua atau tiga kali seminggu.

“Ia bagi membolehkan petani mempunyai ruang secukupnya untuk memasarkan hasil mereka,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pasar Tani Tawau hari ini.


Beliau berkata pihaknya juga sedang mewujudkan pasar tani kekal bagi memudahkan pengguna mendapat bekalan segar setiap hari.

“Setakat ini tujuh pasar tani kekal telah diwujudkan di seluruh negara dan beberapa lagi dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori