SEORANG jurugambar media, Gordon Jack meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugasnya membuat liputan majlis perkahwinan bintang tenis terkemuka dunia, Andy Murray, semalam.
Gordon dilaporkan terjatuh ketika para jurugambar berkumpul untuk mengambil foto bekas pemenang Wimbledon itu dan pasagannya sebaik mereka keluar meninggalkan gereja.
Jurufoto berusia 47 tahun itu dilaporkan mengalami serangan jantung dan kemudiannya terjatuh sehingga kepalanya terhantuk pada salah satu batu nisan yang terdapat di luar gereja tersebut.
Gordon terus dikejarkan ke Hospital Forth Valley Royal untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Sementara itu, Andy dan pasangan, Kim Sears sah menjadi suami isteri selepas lapan tahun berpacaran dan majlis perkahwinan mereka turut disaksikan ratusan hadirin yang membanjiri Dublane Cathedral, Scotland.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=JlLoU2RhwJ4