Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Nafi FBI Sedang...

KUALA LUMPUR - "Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan dinasihati berhubung terus dengan...

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan...

KUANTAN - Belanjawan 2020 yang disifatkan 'semua orang gembira' oleh Perdana Menteri, Tun...

Body Shaming, Afdlin Selar...

PETALING JAYA : Pelakon, Afdlin Shauki menyelar tindakan biadap seorang peminat pasukan Manchester...

Tol Percuma, Aliran Trafik...

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada hari...

Jurujual Didenda RM5,000 Kerana Miliki Rokok Seludup

GEORGETOWN – Gara-gara memiliki 4,400 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM344, seorang jurujual kedai runcit hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhammad Ridzuan Jamal Mohammed, 27, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sharifah Izura turut memerintahkan Muhammad Ridzuan dikenakan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Ridzuan didakwa memiliki barang-barang larangan import itu di sebuah kedai runcit di Gat Maccalum dekat sini pada pukul 10 pagi, 31 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (1)(iii) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM6,880 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya.


Terdahulu peguam Cheah Eng Soon yang mewakili Muhammad Ridzuan memohon hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh hanya mempunyai pendapatan RM40 sehari dan perlu menyara kedua ibu bapanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia , Muhd Ridhauddin Jamaludin. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori