KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau kecewa dengan prestasi dipamerkan skuad The Red Warriors (TRW) sejak kebelakangan inin.
Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk yang sepatutnya diluar kemampuan KAFA.
“Tetapi hasil belum dapat diraih. Namun berputus asa tidak sekal-kali,” tegasnya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kata beliau, KAFA membuat keputusan memberi peluang kepada jurulatih Kelantan untuk memilih dua pemain import baharu TRW.
“Saya mahu lihat TRW yang lebih perkasa. Bulan ini kita bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pendahulu liga, Selangor. Buktikan kepada saya,” katanya. – mynewshub.cc