Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Zii Jia Tinggalkan BAM...

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menafikan dakwaan segelintir...

Kelab Borussia Dortmund Tafakur...

KELAB Borussia Dortmund bertafakur selamat seminit pada Sabtu sebelum perlawanan sebagai tanda memberi...

Berwaspada Aktiviti Kutu Dalam...

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu secara dalam talian menjadi popular sejak kebelakangan...

Bagaimana Teknologi GPR Bantu...

KUALA LUMPUR : Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) melalui Agensi Nuklear Malaysia telah...

Kaka Kecewa Dgn Tasha, “Saya Akan Berhati-Hati Pilih Kawan”

Ramai peminat sudah dapat menghidu kedinginan hubungan dua selebriti iaitu pelakon sensasi Tasha Shilla dan penyanyi Kaka Azraff sejak beberapa bulan lalu.

Mana taknya, ada ura-ura mengatakan Kaka cuba untuk merampas bekas kekasih Tasha iaitu peninju Muay Thai, Hans Wong ketika hubungan pasangan terbabit bermasalah sebelum ini.

[TERDAHULU: Temui Noktah! Hubungan Tasha, Hans Sudah Berakhir]

Gambar-Tasha-Shilla-Bersama-Kekasih-Bertatu-4

Namun, baik Tasha mahupun Kaka, kedua-duanya menafikan cerita tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan di sebuah akhbar minggu lalu, pelakon drama bersiri Nasuha itu berkata, Kaka pernah cuba mengambil kesempatan menggoda bekas teman lelakinya.

Malah, Kaka turut didakwa sering berbalas mesej dengan Hans dan mengajaknya untuk keluar bersama.

Memang betul-betul panas kan tuduhan tersebut? Tetapi, adakah ia benar-benar berlaku dan apa pula komen dari pihak Kaka?

Kaka-Azraff-Anggap-Tuduhan-Tasha-Shilla-Melampau-ROTIKAYA20150421_2759

Di pihak pelantun lagu Bawaku Pergi itu pula, Kaka sememangnya terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Tasha dan menyifatkannya sebagai satu publisiti murahan.


Memetik kenyataan empunya nama Nor Atiqa Noor Azraff, 26, melalui portal MStar, “Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di satu majlis, tetapi kami berborak biasa sahaja.

“Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia. Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan.”

Namun ujar Kaka, dia cuba memandang tuduhan tersebut dari sudut positif kerana ia memberi satu pengajaran kepadanya untuk berhati-hati dalam memilih kawan.

Walaupun a satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

“Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan.”

– MYNWSHUB.CC

Muzik Video Lagu Terbaru Kaka Azraff – Bukan Hal Aku

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori