Baru-baru ini aktor kacak, Kamal Adli baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama-sama rakan serta Emma Maembong.
Gara-gara gambar sambutan ulang tahun yang dimuat naik Emma di laman instagram, Emma telah dicemuh hebat oleh peminat kerana tindakannya itu.
Kamal beranggapan kejutan hari lahir yang diatur oleh Emma dan rakan-rakannya itu tidak lebih daripada ingatan seorang teman dan turut bersimpati apabila Emma dicemuh kerana sambutan itu.
“Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di instagram.”
“Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya.”
“Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa da dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapa pun tak berpanjangan,” jelas Kamal kepada Berita Harian Online.
Kamal turut menyatakan ianya masih terlalu awal untuk mereka ke fasa yang lebih serius.
– MYNEWSHUB.CC