Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kolej Profesional Mara Bachok...

BACHOK – Kolej Profesional Mara pertama di Kelantan iaitu Kolej Profesional Mara Bachok...

PKR Setiawangsa Perlu Nafas...

PETALING JAYA : Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan menawarkan diri untuk...

Video: Pengurus Restoran ‘Belasah’...

SEBUAH video yang memaparkan aksi ganas seorang pengurus restoran terhadap staf wanitanya menjadi...

Kecuaian Pemandu Punca Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal mendapati kemalangan tren LRT laluan Kelana Jaya di...

Kanak-Kanak Orang Asli Mati Lemas

KUALA LIPIS – Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemui mati lemas di Kampung Saweh, Pos Senderut, Hulu Jelai, di sini, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Razis Haruman, 12, ditemui tidak bernyawa oleh penduduk kampung di celah batu di kawasan Sungai Senderut kampung berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa telah memaklumkan kepada bapanya untuk pergi ke sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka untuk memancing ikan.

“Sebelum kanak-kanak berkenaan pergi memancing sekitar jam 2 petang kelmarin, bapanya sempat berpesan supaya mangsa pulang segera ke rumah jika air sungai keruh.

“Selang beberapa jam, Razis masih tidak pulang ke rumah menyebabkan bapanya bertindak mencari mangsa di sekitar kawasan Sungai Senderut, tetapi gagal,” katanya.

Abdul Razak berkata, bimbang keadaan anaknya, bapa mangsa meminta bantuan penduduk kampung mencari Razis sekitar sungai berkenaan sebelum menemui kanak-kanak terbabit lemas, kira-kira jam 8 malam.


“Penduduk kampung melihat sepasang kaki di celah batu sebelum bertindak menarik mangsa keluar dari kawasan sungai namun mangsa disahkan meninggal dunia.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Senderut itu tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai sedalam satu meter,” katanya.

Abdul Razak berkata, mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah mayat Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak ke sungai bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

“Pantau segala aktiviti anak-anak serta awasi mereka supaya tidak terdedah dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori