Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

11,618 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu harian Covid-19 semakin meningkat dengan 11,618 kes hari...

Masih Ada 30 Peratus...

KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri masih...

Penjenamaan Ipoh City Teruskan...

IPOH - Kerajaan negeri sedang berusaha menjenamakan bandar raya Ipoh atau Ipoh City...

The Sugarbook, Aplikasi Untuk...

"THE Sugarbook adalah sebuah aplikasi sosial media bertujuan bagi membina sebuah komuniti yang...

Kastam KLIA Rampas 6.06Kg Dadah Bernilai RM1.15 Juta

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 6.06 kg bernilai RM1.15 juta oleh seorang wanita warga Pakistan pada 29 Mac lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata dadah itu ditemui disembunyikan di dalam 25 pelapik kusyen dalam bagasi milik wanita berusia 50 tahun itu selepas imbasan mendapati terdapat objek mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua pelapik kusyen pelbagai corak dan warna itu mengandungi serbuk kristal jernih putih yang kemudiannya diuji positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata wanita yang tiba dari Karachi dengan menaiki penerbangan Pakistan Airlines itu kini ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Chik Omar berkata tangkapan itu merupakan yang pertama membabitkan cubaan menyeludup menggunakan modus operandi menyorokkan dadah dalam pelapik kusyen yang dijahit rapi dan teliti berbanding penggunaan kasut, paip ekzos, kamera dan payung sebelum ini.


Siasatan awal mendapati suspek yang datang bersendirian itu juga pernah memasuki negara ini sebanyak tiga kali pada tahun lepas, katanya.- BERNAMA

 

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/MZQyC2vbBhg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori