Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Ada Amaran Lagi...

POLIS sudah membuka 32 kertas siasatan sepanjang sembilan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan...

Razer Firefly: Pad Tetikus...

BUAT penggemar extreme peminat komputer, pengguna lampu CCFL di dalam setiap kustomasi CPU...

Satu Kluster PRN Melaka

Jasin : Hanya satu kluster membabitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikesan dalam...

Norway Haram Siaran Radio...

OSLO - Norway muncul negara pertama di dunia menamatkan siaran radio dipancarkan menerusi...

Kata Tun M Tak Faham GST, Dr Asri Kecam Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyelar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kerana menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mohd. Asri turut menyifatkan Ahmad sebagai orang kurang cerdik kerana membuat kenyataan seperti itu ke atas Mahathir yang terkenal dengan kepintarannya oleh rakyat Malaysia.

“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?

“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Mohd. Asri berkata, dalam fekah orang yang safih atau bodoh serta kurang cerdik tidak boleh diserahkan mengendalikan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri.

“Persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai? Patutkah golongan sufaha diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya,” katanya lagi.


Ahmad semalam menyifatkan Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas Perdana Menteri itu mahu sistem cukai baharu tersebut dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci mengenai GST sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori