Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jongkong Emas Bertabur Di...

MOSCOW - Landasan sebuah lapangan terbang di Rusia dipenuhi jongkong emas apabila pintu...

UiTM Perlu Buka Peluang...

KUALA TERENGGANU - Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaran memberi peluang kepada golongan bukan...

Malaysia Terkandas Di Suku...

PERJUANGAN skuad badminton negara pada kejohanan Piala Sudirman 2019 terhenti di suku akhir...

Che Ta & Zain...

Baru sehari tiba di kota Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah, pelakon cantik Rozita...

Kebiadapan PAS Minta Menteri Sertai Maharaja Lawak!

KUALA LUMPUR – PAS mengeluarkan kenyataan biadap apabila menyuruh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meletak jawatan dan menyertai program Maharaja Lawak Mega kendalian Astro Warna.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Hasan wajar menjadi peserta program tersebut hanya kerana menyatakan rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Beliau membuat kesimpulan mudah itu hanya berpandukan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna diterima.

“Adakah dengan kurangnya aduan itu bermakna rakyat sudah faham dan terima GST. Saya cadangkan menteri berundur dan mendaftarkan nama sebagai peserta Maharaja Lawak Mega supaya rakyat bolehlah terhibur melihat gelagat Menteri di atas pentas nanti,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Hasan sebelum ini menjelaskan statistik KDPNKK menunjukkan aduan berhubung GST mulai berkurangan sekali gus membayangkan rakyat sudah mula memahami pelaksanaan cukai tersebut.

Kata Hasan, hal itu bertentangan dengan dakyah yang dilemparkan di media sosial oleh pembangkang yang lebih gemar mengemukakan perkara negatif berhubung GST.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori