Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Parlimen Singapura Bubar: PRU-17...

SINGAPURA - Presiden Tony Tan Keng Yam atas nasihat Perdana Menteri, Lee Hsien...

Pelajar Cipta Penghadang Parkir...

KUALA LUMPUR - Satu penelitian sosial mengenai lot parkir khas untuk pemandu orang...

Rafizi Dituntut Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli perlu memaparkan permohonan maaf secara...

BN Akan Terus Bangunkan...

KIMANIS - Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membangunkan Sabah dan Sarawak...

Kecewa Dengan Bil Air yang Dikenakan, Akak Ni Meroyan Di FB

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana jumlah bayaran bil air anda melonjak mendadak seperti kes seorang pengguna ini?

Berang dengan caj tidak munasabah yang dikenakan terhadapnya, seorang pengguna memuatnaik sebuah gambar berserta status di media sosialnya mengenai perkara tersebut.

Dia meluahkan rasa kecewanya dan menyalahkan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) disebabkan caj yang dikenakan adalah amat tidak munasabah dan jauh berbeza dengan kebiasaan bil yang diterimanya.

Jom kita lihat ‘amukan’  yang ingin disampaikan olehnya.

akak2

 

akak

Wahai PBA penang… hampa ni dah miskin sangat ke sampai nak telan duit aku banyak ni,,bil air bulan aje dekat RM400.

Gila ke apa… selama aku duduk kat Penang ni bil air paling banyak pun RM20, tapi bulan ni RM391.95… plak tu bil air panjang berjela mengalahkan kertas kajang.

Nak kata rumah aku ni ada swimminpool.. kompem takde pasal duduk tingkat 11.


Ke hampa tak tau kira kira… Kalau aku jantung dah lama mampus macam ni.. Sapa sini kerja kat PBA? Mai habak kat aku, hampa nak aniaya orang pun agak-agak..

Aku bukan buka kedai makan ke apa bil air sampa banyak sangat.. Umah aje…

Sebenarnya, mungkin berlaku kesilapan teknikal atau terdapat paip yang pecah yang seterusnya menyebabkan bacaan meter menjadi terlalu tinggi.

Jadi akak ini mungkin terkejut dengan caj yang dikenakan, lalu terus menunding jari keatas pihak PBA.

Apa yang sebetulnya, jika perkara seperti ini berlaku kepada anda, tidak perlulah terkejut dan anda perlu tenang.

Lakukanlah pemeriksaan terhadap meter bacaan dahulu, mungkin terdapat kerosakan atau terdapat paip yang bocor.

Tidak perlulah meroyan, anda hanya perlu laporkan keadaan sebenar kepada pihak berwajib. Settle!

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori