Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Terengganu, 50 Staf...

KUALA TERENGGANU - Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang...

Alasan Mengenai Pembatalan Konsert...

KONSERT "Thirst 2015: We Are All Stardust" yang menampilkan aksi artis antarabangsa Dash...

Kerajaan Serah Pihak Berkuasa...

SEPANG: Kementerian Pengangkutan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara terperinci berhubung...

Tsunami Cina Bertukar Arah...

PENAMPANG — MCA Sabah percaya 'tsunami Cina’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Kedah Catat Peningkatan Kes Denggi Jan-April Tahun Ini

ALOR SETAR – Kedah mencatat peningkatan 40.1 peratus kes demam denggi atau 290 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 18 April lepas berbanding 207 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata setakat ini satu kes kematian akibat komplikasi denggi direkodkan di daerah Kuala Muda.

Katanya daerah Yan mencatatkan 15 kes, Bandar Baharu enam kes, Sik juga enam kes, Kota Setar (60 kes), Kulim (68), Padang Terap (10), Baling (23) dan Kubang Pasu (23 kes).

Jabatan Kesihatan Negeri, katanya, melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 116,314 premis.


Norhizan berkata pihaknya mendapati 1,912 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik dan mengeluarkan 802 kompaun berjumlah RM371,100.

Pihaknya kata beliau, juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 158,099 premis dan 73,489 premis pula diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori