Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Islam Larang Kerjasama Yang...

TRANG (Thailand) - Islam melarang sebarang kerjasama yang membawa kepada keburukan, sebaliknya menyeru...

Kemuka Cadangan Naikkan Tambang...

JOHOR BARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan...

Liverpool Sudah Belajar Erti...

LIVERPOOL - Brendan Rodgers berkata Liverpool mahu membuktikan mereka sudah belajar kesilapan, musim...

Perkhidmatan OBike Jadi ‘Mangsa’...

DALAM kesibukan kota yang tidak boleh 'lari' daripada masalah kesesakan lalu lintas, idea...

Kejayaan Sekolah Bergantung Kepada Kewibawaan Pengetuanya

SEREMBAN – Pengetua sekolah berperanan memberi kepimpinan, galakan dan sokongan kepada guru serta murid di samping mewujudkan persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada peranan dan kewibawaan pengetuanya.

Dimensi terpenting yang perlu dimainkan pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan budaya pengajaran serta pembelajaran (PdP), katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-54 di sini Isnin.

Bertemakan ‘Kepimpinan Pengetua Memacu Transformasi Pendidikan Negara’, persidangan tiga hari bermula hari ini menghimpunkan 760 pengetua dari seluruh negara.

Muhyiddin berkata dari segi peribadi, pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa.


“Oleh yang demikian, sebagai pemimpin sekolah, pengetua hendaklah yakin dan bersedia untuk membimbing guru dalam melaksanakan tugas PdP. Keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata pengetua juga mestilah berupaya untuk memahami, menghayati dan sentiasa mengamalkan dasar yang telah digubal bagi mencapai aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua,” katanya.

Ini, katanya, amat penting dalam memastikan setiap maklumat berkaitan dengan dasar dan proses perlaksanaannya dapat disampaikan dengan tepat kepada pelaksana terutama guru-guru di sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori