Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perancis: Lelaki Bersenjata Minta...

PARIS - Lelaki bersenjata yang ditembak mati polis selepas menawan tebusan di sebuah...

Bekas Pengarah MKN Terkejut...

PUTRAJAYA - Bekas pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Perlis, Safrul Faiz Abd...

Lapan Mati Dalam Amuk...

PRAGUE- Seorang lelaki kurang siuman menyerbu masuk sebuah restoran di timur Czech dan...

Keluarga Penumpang Pesawat MH370...

KUALA LUMPUR - Keluarga sepasang suami isteri yang juga penumpang pesawat MH370 mengemukakan...

Kelantan Larang Penyokong Pelawat Adakan Perarakan Masuk Stadium

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi peringatan kepada penyokong pasukan lain supaya tidak melakukan perarakan memasuki stadium apabila bertandang ke Stadium Kota Bharu, Kelantan kerana itu merupakan satu provokasi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyokong pelawat tidak dibenarkan melakukan “show of force”di luar stadium seperti dilakukan penyokong Selangor semalam kerana ia tidak sesuai dengan budaya tempatan.

“Saya ingin menasihati penyokong pasukan pelawat yang bertandang ke Kelantan.Anda di alu alukan, namun janganlah lakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan budaya orang tempatan.

“Tindakan provokasi perlu di elakkan.Perarakan dan “show of force”di luar stadium sebelum perlawanan harus di elakkan..Ini nasihat kerana penyokong Kelantan cukup tenang dan sopan tapi jangan ada provokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Annuar dalam pada itu masih tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Kelantan dalam aksi Liga Super malam tadi kerana suara mereka ditenggelamkan oleh sorakan penyokong Selangor.

“Seramai 1,000 penyokong Selangor menenggelamkan 10,000 penyokong kita. Itu bezanya bersatu dengan bersendirian. Mari cari jalan untuk perbaiki kehebatan pemain ke-12 kita,” katanya.

Kelantan semalam mencatatkan kemenangan bergaya ke atas pasukan Selangor hasil kehebatan trio penyerang importnya. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori