Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita PKR Anggap PAS...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggangap PAS sebagai sebuah parti...

Usaha Kesan Kru Kapal...

MUAR - Usaha mengesan 14 lagi anak kapal korek JBB Rong Chang 8...

Ahli Parlimen BN Dijangka...

KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dijangka menghadap Yang di-Pertuan...

Mahkamah Putuskan Undang-Undang Kunci...

KOTA BHARU - Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis secara sebulat suara memutuskan...

Kerajaan Akan Rangsang kadar Pemilikan Kepada Lebih 50%

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan komited untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan meningkatkan kadar pemilikan daripada kadar semasa 50 peratus.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata untuk tujuan itu, kerajaan berikrar membekalkan sejuta rumah mampu milik menjelang 2018 dan telah menggerakkan sektor awam serta swasta untuk mencapai agenda berkenaan.

“Di bawah usaha kerajaan, pelbagai program dijalankan bagi membantu pemaju dan pembeli dalam menyedia dan membeli rumah mampu milik,” katanya pada Sidang Kemuncak Perumahan Mampu Milik Nasional 2015, di sini hari ini.

Halimah berkata program termasuk usaha oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia Bhd (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) serta melalui Program Perumahan Rakyat dan Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik Swasta.

“Semua program ini menyediakan rumah pada harga bawah RM400,000,” katanya.Ketua Pegawai Operasi PR1MA Aminuddin Abdul Manaf berkata PR1MA bersedia untuk membina 13,000 unit rumah mampu milik tahun ini daripada keseluruhan 500,000 yang perlu disiapkan menjelang 2018.


“Harga rumah kami ditetapkan dalam lingkungan RM100,000 dan maksimum RM400,000. Usaha menyiapkan unit yang diperlukan kami bekerjasama dengan pemaju swasta,” katanya di luar sidang kemuncak.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata SPNB akan membina 20,000 rumah tahun ini daripada 123,000 unit yang perlu ia serahkan menjelang 2018, dan menambah syarikat telah membina 32,948 unit di seluruh negara sejak 2002.

Sidang kemuncak sulung itu dianjur oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia serta Rei Group of Companies, bertujuan menilai cabaran, peluang dan trend dalam perumahan mampu milik di negara ini.-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori