Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Telegram Yang Dipertua Dewan...

Kuala Lumpur : Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan...

Remaja Maut Motosikal Tembung...

TAIPING - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan...

Terkejut Caj Parkir Kereta...

SUDAH acap kali kita dengar aduan mengenai kadar bayaran tempat letak kereta khususnya di ibu...

Malaysia Tewas Tipis 2-3...

BEKASI - Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Bahrain pada perlawanan terakhir Kumpulan...

Kerajaan Selangor Tak Jujur Mahu Salahkan Polis – Gerakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuat tindakan yang memalukan apabila menyalahkan polis di atas pembatalan konsert “Thirst: We are Stardust” sedangkan konsert itu sebenarnya dibantah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor, Noor Hanim Ismail.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, Pakatan Rakyat sebelum ini bersungguh-sungguh menyalahkan polis tetapi hakikatnya Noor Hanim selaku ADUN Seri Serdang yang mengemukakan bantahan menyebabkan polis tidak dapat menyokong permit penganjuran konsert tersebut.

“Pakatan Rakyat perlu jujur dalam hal ini dan tidak cuba memesongkan orang ramai. Mengapa Pakatan Rakyat mahu menyalahkan pihak lain (polis) sedangkan ADUN Pakatan Rakyat yang membantah konsert tersebut.

“Polisi lain-lain dalam kerajaan Pakatan Rakyat ini yang menyebabkan kerugian ke atas pihak penganjur dan menyusahkan orang ramai yang telah membeli tiket konsert itu. Pakatan Rakyat memalukan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP hari ini menyelar Noor Hanim daripada parti PAS kerana menjadi punca konsert “Thirst: We are Stardust” yang dirancang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Mines (MIECC) di Seri Kembangan baru-baru ini dibatalkan.


Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming didakwa berkata, surat bantahan ke atas konsert itu yang dikeluarkan oleh Noor Hanim kepada MPSJ menyebabkan penganjuran konsert itu dibatalkan.

Media sebelum ini melaporkan, Konsert “Thirst 2015: We Are All Stardust” yang sepatutnya berlangsung pada 25 April lalu dibatalkan kerana polis menarik kembali kebenaran pada saat akhir.

Polis menghantar surat kepada MPSJ Jumaat lalu menyatakan mereka tidak akan menyokong konsert tersebut yang menyebabkan pihak berkuasa tempatan tidak punyai pilihan selain menarik kembali permit dalam tempoh 11 jam sebelum konsert. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori