Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perak Akan Ada Daerah...

IPOH - Perak akan mewujudkan daerah baharu merangkumi kawasan Tanjung Malim dan Slim...

Calon BN Perlis Harus...

SANGLANG (Perlis) - Calon-calon Barisan Nasional (BN) Perlis yang akan dipilih bertanding dalam...

CEP Sambut 100 Hari...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mencapai 100 hari penubuhannya esok (Isnin)...

JPJ Sambut Baik Cadangan...

TEMERLOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut baik cadangan penggunaan karung khas bagi...

Kerjasama KKM-UM Gandakan Pakar Onkologi Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menggandakan pakar onkologi bagi rawatan kanser yang masih berkurangan di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata ketika ini, negara hanya mempunyai 80 pakar onkologi iaitu kekurangan 220 orang berdasarkan keperluan kepada jumlah penduduk yang ada sekarang.

Daripada jumlah itu, 22 pakar onkologi berkhidmat di hospital kerajaan, 34 di universiti dan 24 di hospital swasta, katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Kanser Negara di sini hari ini.

“Kerjasama ini akan menumpukan kepada usaha meningkatkan latihan tenaga manusia khususnya di bidang onkologi dan radioterapi. Para doktor juga digalakkan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Perubatan Onkologi di UM,” katanya.

Dr Subramaniam berkata jumlah kes kanser yang direkodkan adalah sebanyak 35,000 hingga 40,000 kes setiap tahun, dengan kanser paru-paru, payu dara dan usus merupakan kanser utama dihidapi rakyat Malaysia.

Buat masa ini, katanya, terdapat lima hospital di bawah kementerian yang menyediakan perkhidmatan radioterapi iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultan Ismail, Johor; Hospital Likas, Sabah dan Hospital Umum Sarawak.


Ditanya mengenai masa menunggu untuk mendapatkan rawatan onkologi dan radioterapi, beliau berkata: “Kita mempunyai fasiliti dan infrastruktur yang mencukupi untuk mengendalikan kes-kes ini bagaimanapun, keutamaan sentiasa diberikan kepada kes kecemasan manakala yang lain, paling lewat masa menunggu adalah dua bulan.”

Beliau mengakui kekurangan pakar onkologi di hospital kerajaan disebabkan oleh gaji lumayan di sektor swasta dan untuk mengatasi perkara ini, kementerian memberi kelonggaran kepada mereka untuk berkhidmat di hospital swasta agar tidak meninggalkan hospital kerajaan.

Kepada soalan mengenai kanser payu dara lelaki, Dr Subramaniam berkata kes seperti itu jarang berlaku dan statistiknya juga kurang satu peratus, namun kaum lelaki digalakkan untuk melakukan biopsi sekiranya terdapat ketulan di bahagian dada.

Mengenai Institut Kanser Negara, beliau berkata institut bernilai RM709 juta yang merupakan janji kerajaan dalam memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia itu telah beroperasi sejak Sept 2013 dan dilengkapi peralatan komprehensif dan canggih dalam pengurusan penyakit kanser dan rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori