Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Islam Dicalon Jadi...

BUCHAREST - Dalam langkah yang mengejutkan, parti politik terbesar Romania semalam menamakan seorang...

Malaysia Masih Tunggu Keputusan...

TAWAU: Malaysia masih menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota untuk...

COVID-19: Perjalanan Eropah Ke...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump semalam menggantung perjalanan dari Eropah ke Amerika Syarikat...

EU Mahu Labelkan Tenaga...

BRUSSELS : Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk melabelkan kuasa nuklear dan gas asli...

Kes Altantuya, Azilah Hadri Mohon Semakan Keputusan Gantung

SALAH seorang pesalah yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu iaitu bekas Cif Inspektor Azilah Hadri akan memohon semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.

Menurut peguamnya Datuk Hazman Ahmad, permohonan tersebut sedang dibincangkan dan akan difailkan dalam jangka masa terdekat namun belum menetapkan tarikhnya.

Memetik kenyataannya seperti disiarkan portal The Malaysian Insider, “Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu.”

[MENARIK: Gambar Pertemuan Anwar Dengan Bapa Altantuya Cetus Persoalan]

Namun demikian, Hazman tidak memberi ulasan lanjut berkenaan permohonan Azilah itu yang kini sedang menunggu hukuman mati terhadapnya.

Ujarnya lagi, permohonan semakan perlu dilupuskan terlebih dahulu sebelum sebarang representasi dilakukan kepada Lembaga Pengampunan.

Permohonan semakan boleh dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan bersandarkan kepada alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta keputusan diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan untuk mendengar semula rayuan.


24B49A3400000578-2910610-image-a-22_1421280564340

Pada pertengahan Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mendapati dua tertuduh, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bersalah atas kematian seorang model berusia 28 tahun dari Mongolia pada 2006.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Awani – Sirul Dan Azilah Ke Tali Gantung

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori