Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Syukuri Nikmat Berbuka Puasa...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu mensyukuri nikmat berbuka puasa bersama keluarga pada...

Wanita Berani Tembak Perompak...

SEORANG ibu telah memaparkan keberanian luar biasa dengan menembak seorang lelaki selepas dia...

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum...

Khairuddin Cabar Muhyiddin Bersihkan...

IBARAT berpatah arang, berkerat rotan... Parti politik jenis apakah ini pun tidak diketahui...

Kes Bapa Dera Anak Dibicarakan 25 Jun

BUTTERWORTH – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 25 Jun depan untuk perbicaraan kes seorang bapa yang didakwa atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia tujuh tahun di Sungai Dua, Jan lepas.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab menetapkan tarikh perbicaraan ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 21 Jan lepas, Mohd Shaikful Adli Mohd Afendi, 34, didakwa menganiaya dan mendedahkan kanak-kanak di bawah jagaannya itu kepada kecederaan fizikal dan emosi di sebuah rumah di Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada pukul 7.23 malam, 15 Jan lepas.

Dia yang bekerja sebagai atendan pam minyak didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Mohd Shaikful Adli diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori