Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rosmah, Rizal, Ku Nan...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil bagi...

Bandaraya Kuching Diisytihar Bandaraya...

KUCHING - Tanggal 1 Ogos ini, bakal menyaksikan sejarah tercipta di Bumi Kenyalang...

98 Anggota SRU Teruskan...

Seramai 98 orang anggota Unit Mencari dan Menyelamat (SRU) dikerahkan untuk mencari baki...

2 Polis Dicekup Buat...

IPOH - Dua anggota Balai Polis Sentral Ipoh ditahan, selepas didapati cuba membawa...

Khairy Yakin PM Akan Jawab Kritikan Dr. Mahathir

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjawab segala tuduhan yang disuarakan oleh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Setiap pentadbiran pasti berdepan dengan sesuatu isu dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita menangani isu ini. Saya fikir perkara itu akan berlaku,” ujar Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO.

Memetik laporan portal Agendadaily, satu sumber mendedahkan Najib kini dalam persiapan dengan mengumpul semua fakta lengkap bagi menjawab segala isu yang telah dibangkitkan oleh mantan perdana menteri itu.

“Mengenai 1MDB, ia masih disiasat Ketua Audit Negara, macam mana Perdana Menteri nak jelaskan dengan terperinci selagi pihak Audit tak siap siasat… supaya siasatan lengkap, PM tak boleh arah dipercepatkan,” jelas seorang sumber.


Mengulas mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang diutarakan oleh Dr. Mahathir, sumber tersebut berpendapat persoalan itu sebaik-baiknya harus dijawab oleh salah seorang pesalah, Sirul Azhar Umar sendiri.

“Sudahkah dia (Sirul Azhar) mendedahkan segala-galanya… kenapa pula kena tanya balik PM yang sudah pun bersumpah tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut?” soal sumber itu lagi.

Konflik kembali hangat apabila Dr. Mahathir memberian kritikan paling keras kepada Najib termasuk membangkitkan semula isu Altantuya, kontroversi 1MDB dan kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori