Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Setuju Dengan...

PENYANYI Hafiz Hamidun menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam...

Tidak Perlu Peruntukan Sama...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat tiada keperluan kerajaan...

AirAsia QZ8501: Kejutan Besar...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata...

Empat Insiden Kecil AirAsia,...

Selepas kejadian nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata Tenggara...

Kisah Di KFC Yang Akan Membuka Mata Rakyat Malaysia

SEBUAH kisah benar yang menarik ini asalnya telah dikongsikan di pautan Facebook Riff Mohd.

Beliau menceritakan bagaimana tindakan seorang lelaki yang menolong seorang pakcik telah memperlihatkan hati murni rakyat Malaysia.

Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia menjadi kisah teladan yang wajar dicontohi oleh kita, rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan agama.

uncle

Uncle, kita semua Malaysia.

Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.

Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.

Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.

“Uncle, mari sini.”

Uncle pun terus ke depan seolah tahu.

“Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle.”

Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.

“Terima kasih semua, maaf melambatkan.” katanya.

Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.

“Bro, you pergi baris depan buat you punya order.” kata abg tersebut


“Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa.”

Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..

“Tak apa adik, you ambik akak punya baris.”

“I’ll give you my queue, I’m not in rush.”

“Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order.”

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

“You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia.” kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

Memang terbaiklah rakyat Malaysia!

Ingat, jangan segan untuk mendahulukan mereka yang tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

Sikap toleransi sesama kaum seperti kejadian ini seharusnya menjadi amalan dalam hidup kita.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Riff Mohd

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori