SEBUAH kisah yang asalnya dikongsikan oleh saudara Farid Hanif menerusi pautan gambar di Facebooknya amat menarik perhatian kami.
Ceritanya begini, baru-baru ini beliau telah berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di mana beliau bertemu dengan seorang pengawal keselamatan yang sangat baik hati.
Anak perempuanya dikatakan seorang kanak-kanak kategori orang kelainan upaya (OKU) kerana menghidap penyakit cerebral palsy.
Secara umumnya, cerebral palsy adalah satu terma merujuk kepada permasalahan pergerakan otot dan postur yang disebabkan oleh kecederaan otak samada sebelum atau selepas lahir.
Kita ikuti kisah beliau sewaktu pertama kali berkunjung ke Avenue K di Kuala Lumpur dan saat di mana beliau dibantu oleh pengawal keselamatan yang sangat budiman..
Menurut Farid anaknya menghadapi komplikasi semasa lahir. Proses kelahiran yang panjang menyebabkan otak anaknya tidak mendapat oksigen dan berlaku pendarahan.
Bahagian otak anak beliau yang mengawal fungsi pergerakan dan pembelajaran telah cedera dan ini membataskan pergerakannya serta mengakibatkan dia mengalami tumbesaran yang terbantut (Global Developmental Delay).
Kebiasaannya setiap pesakit cerebral palsy akan memerlukan bantuan seumur hidup, tapi dengan latihan dan fisioterapi, ia boleh mengawal simptom-simptom kekejangan dari menjadi lebih teruk.
Dan ini luahan hati dari Farid.
Tanpa di sangka rupanya layanan baik pengawal keselamatan itu mendapat perhatian pihak pengurusan Avenue K.
Inilah antara secebis kisah yang menyentuh hati dan wajar di teladani oleh masyarakat kita.
Menurut Farid, beliau baru saja dimaklumkan nama pengawal keselamatan tersebut adalah Ahmad, dari Nepal.
Sesungguhnya kita manusia sama di sisi tuhan, yang membezakan adalah amalan dan sifat-sifat luhur yang kita hamparkan kepada insan lain beserta keimanan dalam diri.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Farid Hanif