Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Syed Faisal Albar Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM...

Sabah Pantau Cuaca, Kerosakan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri memantau...

36 Majikan Terima Pembantu...

PUTRAJAYA - Sebanyak 36 majikan menjadi kumpulan pertama bakal menerima pembantu rumah asing...

Harga Kereta Tak Semestinya...

PETALING JAYA - Harga kereta tidak semestinya akan turun selepas pelaksanaan Cukai Barangan...

#KitaLawan: AMK Cabar Kewibawaan Pihak Polis!

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) seakan-akan mahu mencabar kewibawaan pihak polis kerana berdegil mahu meneruskan perhimpunan #KitaLawan pada 1 Mei ini tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, orang ramai tidak memerlukan permit polis untuk berkumpul dalam perhimpunan yang kononnya bertujuan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tersebut,

“Ugutan Ketua Polis Negara (KPN) tindakan akan dikenakan terhadap #KitaLawan adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan tidak sesekali melemahkan semangat anak muda untuk terus berhimpun pada 1 Mei 2015 bagi membantah pelaksanaan GST,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

KPN sebelum ini meminta penganjur #KitaLawan mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk Himpunan 1 Mei 2015 dan sekiranya gagal, penganjur akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.


Nik Nazmi mendakwa, perhimpunan #KitaLawan sebelum ini telah terbukti berjalan dengan aman dan lancar jika tiada sekatan atau provokasi oleh mana-mana pihak.

Justeru, beliau pula yang meminta polis memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab untuk mengawal lalu lintas bagi memudahkan peserta perhimpunan tersebut. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=-lZOGQIw2pc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori