Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lionel Messi Cedera, Jurulatih...

PEMAIN sensasi, Lionel Messi direhatkan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan di bahagian...

Tarikan DreamWorks Di MAPS...

KUALA LUMPUR - Perak Corporation Bhd (PCB) hari ini mengumumkan anak syarikat 51...

34 GRO Rakyat Asing...

GEORGE TOWN - Sebanyak 34 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Mesyuarat S/jaya Bersama M’sia-Indo...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia Mengenai Kerjasama Dua Hala Ke-14, yang...

K’jaan Cadang Bina Kilang Memproses Rumpai Laut Di Semporna

SEMPORNA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang membina sebuah kilang memproses rumpai laut di daerah ini bagi mengatasi pengawalan harga yang kini dimanipulasi oleh sebuah kilang.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa sekarang, kilang tersebut membeli rumpai laut pada harga rendah dan ia menjadi cabaran kepada pengusaha rumpai laut untuk memasarkan hasil mereka.

Katanya kerajaan mengambil perhatian untuk mengatasi masalah itu sejajar dengan langkah kerajaan untuk memperluaskan industri rumpai laut di daerah ini.

“Cadangan membina kilang itu akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-11,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Agrobank Cawangan Semporna dan pelantikan Agroagent peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melawat Projek Agropelancongan Rumpai Laut Peladang di Pulau Ligit-Ligitan dekat sini.

Di bawah projek itu yang bermula 2011, kawasan diusahakan dengan rumpai laut melibatkan 150 hektar dan membabitkan 25 peserta.


Ismail Sabri berkata kilang yang diwujudkan itu akan dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semporna.

Katanya untuk langkah jangka pendek mengatasi harga rendah rumpai laut di pasaran, kementeriannya akan mewujudkan sebuah pusat pengumpulan bagi membolehkan PPK membeli dari pusat itu dan dapat meningkatkan harga rumpai laut di pasaran.

Beliau berkata industri rumpai laut akan diperluaskan khususnya di daerah ini dan kementeriannya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang beliau pengerusikan untuk melakukan pemantauan.

Katanya tumpuan diberikan untuk melibatkan PPK sebagai agensi utama dalam pelaksanaan projek rumpai laut di daerah ini dan tidak hanya melibatkan syarikat besar. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=EiTwsVosp3Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori