PEREKA fesyen yang semakin meningkat naik, Fizi Woo dilihat antara pereka terawal melancarkan koleksi baju raya untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Apa yang menarik, koleksi raya Fizi Woo kali ini diberikan nama sempena beberapa daerah popular di sekitar Lembah Klang.
Antaranya Baju Kurung Damansara, Bangsar, Hartamas, Subang, Kiara, Changkat dan Binjai.
Walaupun sebelum ini namanya pernah dikaitkan dengan kontroversi baju merah dipakai Neelofa, ternyata ianya tidak mematahkan semangat Fizi Woo untuk terus mewarnai dunia rekaan tempatan.
Pereka Fesyen Baju Neelofa: Mereka Tak Tahu Pasal Fesyen
Memang ada style rekaan-rekaan dia kan!
Bagi yang berkenan nak melaram dengan rekaan Fizi Woo di lebaran kelak, harga setiap busana kurung moden ready to wear koleksi raya ini bermula dari RM400.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR