Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DAP Tetap Mahu Perak...

TELUK INTAN - DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik...

Noraini Ahmad Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong dari BN, Datuk Dr. Noraini Ahmad...

Kontraktor Rugi Lebih RM100,000...

GEORGE TOWN - Seorang kontraktor diusir dari rumah yang dibelinya secara...

Penganjur Forum Bakal Didakwa...

KUALA LUMPUR - Penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan undang-undang kerana...

Kos Operasi Mengapungkan Feri Sewol RM385 Juta

SEOUL – Kos operasi mengapungkan feri Sewol yang karam tahun lalu dijangka mencecah sehingga AS$110 juta (RM385 juta).

Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengapungkan feri terbabit selepas mengambil kira desakan keluarga penumpang yang terkorban serta memastikan siasatan bebas sepenuhnya dapat dijalankan.

“Ini adalah hanya anggaran, kos sebenar bergantung kepada keadaan cuaca dan penggunaan teknologi,” katanya.

Kerajaan Korea Selatan membelanjakan lebih RM616 bilion untuk operasi mencari dan menyelamat yang panjang serta bayaran pampasan keluarga mangsa.

Sementara itu, menjelang setahun tragedi ini berlaku pada 16 April depan, beratus-ratus ibu bapa pelajar yang terkorban berhimpun dan bertindak mencukur rambut serta berpakaian putih berarak 35 kilometer ke Seoul dari kampung halaman mereka di Ansan.


Perhimpunan ini turut disertai beratus-ratus penyokong yang lain bertujuan menggesa kerajaan menjalankan siasatan bebas sepenuhnya ke atas tragedi ini dengan segera.

Feri Sewol pernah menggemparkan dunia apabila feri seberat 6,825 tan itu yang membawa 476 orang, sebilangan besarnya pelajar sekolah, karam.

Sehingga kini hanya 295 mayat dijumpai dan masih ramai yang belum dijumpai walaupun operasi mencari dan menyelamat ditamatkan November lalu. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori