Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Politik Game Plan Tun...

ORANG yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau...

Harga Barang Pasar Tani...

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan harga...

Video Viral, Keluarga Sambut...

BAGI mereka yang meraikan Hari Natal sudah semestinya kad sambutan, makan malam bersama...

4 Beranak Sempat Selamatkan...

SEREMBAN - Empat beranak sempat menyelamtkan diri sebelum kereta mereka terbakar bersebelahan pasar...

KPWKM Tubuh Petugas Khas Usaha Wujud Taska Di Tempat Kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan pasukan petugas khas bagi membantu syarikat mewujudkan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja.

Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata pasukan itu akan membantu menyediakan persekitaran yang lebih mudah serta mengatasi kelemahan yang dihadapi majikan dalam usaha mewujudkan Taska.

Katanya menerusi pasukan itu juga, kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menarik minat lebih banyak syarikat mewujudkan Taska di tempat kerja masing-masing.

“Untuk kita memperbanyakkan Taska supaya mewujudkan persekitaran yang mesra untuk wanita sekali gus menggalakkan mereka (wanita) masuk pasaran kerja,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator To’ Puan Zaitun Mat Amin yang ingin tahu tentang kemudahan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi menarik minat suri rumah untuk kembali ke pasaran kerja.


Chew berkata setakat ini terdapat 29 Taska di tempat kerja swasta dan 123 di tempat kerja kerajaan.

Dalam pada itu, sehingga Februari lepas 3,802 Taska telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Namun saya ingin menegaskan jumlah Taska yang ada sebenarnya melebihi daripada 3,800 ini kerana banyak lagi Taska belum berdaftar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori