Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lorong Tol Tanpa Palang,...

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang...

Jangan Campuri Urusan PAS...

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana 5.4 magnitud melanda utara Halmahera, Indonesia, pada...

Bubar CEP, Dedah Laporan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendesak supaya Majlis...

KWSP Disaran Guna Lebih Banyak Medium Untuk Kaji Selidik

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran menggunakan medium lain selain i-Account untuk menjalankan kaji selidik berhubung cadangan empat inisiatif penambahbaikan sistem pencen.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini kerana tidak semua 6.5 juta ahli aktif KWSP berdaftar dengan i-Account.

“Saya telah bincang dengan KWSP supaya kaji selidik ini dijalankan melalui lebih banyak platform untuk mengumpul pandangan mereka…Tiada jangka masa ditetapkan (untuk survey itu), apa yang lebih penting adalah bagaimana KWSP boleh mendekati ahli-ahlinya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, KWSP melancarkan cadangan empat inisiatif penambahbaikan sistem pencen sekarang termasuk penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum seperti yang ditentukan oleh kerajaan.

Tiga cadangan lain adalah menyelaraskan caruman minimum dengan undang-undang umur minimum, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun, dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.


Chua menjelaskan bahawa ketika ini, KWSP masih belum membuat keputusan muktamad dalam menetapkan had umur pengeluaran.

“KWSP tak harus bertindak terburu-buru kerana akhirnya dia (KWSP) pasti kena dapat kelulusan daripada Kabinet dan Rang Undang-Undang juga perlu dipinda kalau mereka nak laksanakan inisiatif-inisiatif ini,” katanya.

Semalam, KWSP turut meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan — melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori