Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Final Piala AFF, Vietnam...

HANOI - Vietnam Airlines akan menambah perkhidmatan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 11...

Mufti Tegur Drama Isteri...

PETALING JAYA - Drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang mula ditayangkan pada Isnin...

MB Perak Akui Keseorangan...

KUALA LUMPUR - Keretakan dalaman Pakatan Harapan (PH) khususnya antara Parti Pribumi Bersatu...

“Anak Emak Bersemangat Dah...

TULAR di media sosial video seorang bapa membimbing secara berhati-hati anak lelakinya melalui...

KWSP: Pemindahan Wang Untuk Melabur Tak Kena GST

KUALA LUMPUR – Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada 1 April.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan ahlinya agar tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk membantu membuat sebarang pengeluaran.

“Ahli-ahli yang memenuhi syarat-syarat dinasihatkan berurusan terus dengan KWSP untuk membuat pengeluaran.

“Bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP, KWSP tidak akan mengenakan GST bagi amaun dipindahkan untuk pelaburan,” kata kumpulan itu.

Di bawah skim tersebut, ahli-ahli dibenarkan untuk memindah sebahagian daripada wang KWSP mereka untuk melabur dalam dana saham amanah yang diluluskan KWSP.


“Ahli-ahli dinasihatkan untuk memahami kos dan risiko yang terlibat, dan mendapatkan nasihat daripada penasihat berkelayakan, sebelum memutuskan untuk menyertai skim itu,” kata KWSP.

– BERNAMA

https://youtu.be/oPXzR_sJNW0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori