Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gempa Nepal: Pasukan SAR...

KATHMANDU - NEPAL. Nepal memutuskan menghantar pulang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) asing...

Anak Kambing Tanpa Mata...

SEORANG petani nekad untuk memelihara seekor anak kambing yang dilahirkan tanpa mata dan...

Anggap Pemimpin Usia 90-an...

SEORANG penganalisis menyifatkan anggapan bahawa pemilihan seorang bekas perdana menteri yang sudah berusia...

“Terima Kasih Kerajaan Bangladesh”...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

Lagi Kes Taska Cuai, Bayi Balik Dengan Tangan Patah !

SEMALAM Mynewshub ada melaporkan kes seorang bapa kesal apabila mendapati bayinya mempunyai kesan gigitan yang dahsyat di seluruh tubuh dipercayai digigit ketika pengasuh sedang leka membancuh susu.

Menurut si bapa, dia dan isterinya hanya mengetahui kejadian tersebut setelah datang untuk mengambil anak mereka di sebuah taska di Kajang.

Apa yang membuatkan dia kesal, pengurus taska terbabit tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian tersebut, malah mencabar si bapa melaporkannya kepada polis.

[WAJIB BACA: Kecewa Anak Kena Gigit Hingga Berbekas, Taska ‘Lepas Tangan’]

Itu cerita semalam. Hari ini, melalui akaun Facebook Sukan Star TV, seorang individu turut berkongsi kisah tentang nasib yang menimpa anak kakaknya ketika dijaga sebuah taska di Batu Caves, Selangor.

“Anak kakak saya patah tangan di sebuah taska di Pinggiran Batu Caves. Masa suami kakak saya pergi ambil anak dia, pengasuh tak cakap apa-apa.

“Bila balik rumah time nak dukung tu, tengok tangan anaknya terkulai dan dia menangis. Kakak saya pergi check doktor rupanya tangan patah,” ceritanya.

Apa yang dikesalkan, selepas dihubungi barulah wakil taska terbabit memberitahu seorang kanak-kanak telah duduk di atas tangan anak kakaknya itu.

Alamak… rasanya dah banyak sangat kes kecuaian membabitkan taska dilaporkan.


Kadang-kadang perkara macam ini ‘bermusim’ jadi diharapkan tak adalah kisah bayi dan kanak-kanak cedera atau maut di taska kerana kes kecuaian dilaporkan lagi hendaknya.

Apa-apa pun sebelum ada laporan sedemikian, kementerian berkaitan diharapkan dapat memantau tahap keselamatan di taska seluruh negara sebagai langkah pencegahan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pengasuh Taska Kejam Dera Budak

https://www.youtube.com/watch?v=tHQpog_OzL4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori