Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jep Mengamuk Sepahtu Hanya...

MAKIN laku nampaknya pelawak-pelawak tempatan... jika tadi kami kongsikan kisah Shaiful Zero, kali...

Polis Rampas Ganja Bernilai...

ALOR SETAR – Polis merampas 533 ketulan ganja mampat seberat 527.9 kilogram bernilai...

Maxis Tumpukan Perkhidmatan Internet...

KUALA LUMPUR - Pengendali rangkaian telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia, Maxis Bhd...

Itu Wang UMNO –...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi menegaskan...

Larian Pekerja Muda 9to5 Sasar 10,000 Penyertaan

PUTRAJAYA – Larian Pekerja Muda 9to5 di Putrajaya yang dijadualkan 9 Mei ini menyasarkan 10,000 penyertaan daripada golongan belia berumur 19 hingga 40 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata larian itu adalah inisiatif pegawai profesional muda perkhidmatan awam dan swasta negara dalam usaha mempertingkatkan usaha dan kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada negara.

“Larian julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei dan Festival Belia Putrajaya pada 22 hingga 24 Mei ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran larian itu di Menara KBS, di sini hari ini.

Penganjuran program itu telah menarik minat sebanyak 6,293 peserta sejak pendaftaran dibuka dua minggu lepas dan tarikh pendaftaran terakhir adalah pada 20 April ini.


Pengerusi Persatuan Belia Pekerja Muda, Dazma Shah yang juga penganjur bersama larian itu, berkata pihak penganjur menyediakan jumlah hadiah keseluruhan cabutan bertuah bernilai RM500,000.

“Dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melepaskan kesemua peserta bagi kategori 5km dan 10km pada hari larian nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori