Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Janna Nick Elak Bercinta...

PERKAHWINAN melibatkan selebriti dan pemain bola sepak bukanlah satu perkara baharu. Antara selebriti yang...

Nenek 73 Tahun Gembira...

KUALA NERUS - Keinginan nenek berusia 73 tahun untuk memiliki lesen memandu akhirnya...

Lelaki Tertua Di Indonesia...

JAKARTA - Seorang lelaki dipercayai sebagai manusia tertua di Indonesia Sodimejo atau lebih...

Agenda Angkat PM Daripada...

SHAH ALAM - Agenda mengangkat calon Perdana Menteri daripada PKR tidak akan terhenti...

Lebih 300 Juta Naik Taraf Jalan Gambang-Paloh Hinai

ROMPIN - Kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM300 juta bagi projek menaik taraf fasa pertama Laluan Persekutuan 12 (FR 12) dari Gambang, Kuantan ke Paloh Hinai, Pekan di negeri ini yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan ini akan diperbesarkan daripada dua lorong kepada empat lorong dengan proses tender telah dimuktamadkan.

“Sekarang hanya tinggal rundingan harga dengan kontraktor. Ia mengambil masa agak lama berikutan harga tender yang ditawarkan lebih daripada harga siling ketika tender dibuka,” katanya dalam lawatan sehari di sini hari ini, termasuk melawat Pusat Daerah Mengundi Pianggu di Kampung Setajam.

Fadillah berkata, projek fasa pertama dijangka mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.

“Kementerian itu juga telah mengemukakan permohonan fasa kedua projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu tambahan 100 kilometer jarak laluan untuk dinaik taraf sehingga Segamat, Johor,” katanya.


Fadillah berkata, anggaran awal bagi keseluruhan projek berkenaan, termasuk fasa pertama dan kedua adalah RM1.2 bilion.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak memperdulikan masyarakat Rompin, malah berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada jurutera daerah Rompin awal tahun ini bagi melakukan penambahbaikan dan penyelenggaraan jalan-jalan kawasan Parlimen Rompin, termasuk jalan mendap.

Beliau berkata, bagaimananapun kerja-kerja pembaikan jalan mengambil masa yang agak lama kerana kementerian harus mengenal pasti tanah yang perlu diambil, selain membuat penyelidikan mengenai jajaran jalan serta mengambil kira kesannya ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosial setempat.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon Pas, Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori