Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Serah Kuasa Kepada...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad beri jaminan beliau akan berundur...

Salman Khan Dipatuk Ular...

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman...

T’ganu Catat Peningkatan Kes...

KUALA NERUS - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 1,632 kes demam denggi...

Suri Rumah Dipenjara Sehari...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh...

Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Sungai Tatau

SIBU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Tatau, di Kampung Dagang di Tatau, kira-kira 159 kilometer dari sini.

Azhar Arshad, 38, penduduk di kawasan itu dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan pada 1.20 awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata laporan mengenai kehilangan mangsa diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat di Tatau dari balai polis Tatau pada 10.45 pagi tadi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan pada 11.20 pagi dengan bantuan Polis Marin Bintulu dengan tumpuan kawasan radius 1 kilometer daripada tempat mangsa terjatuh.


Katanya operasi dihentikan pada 6.30 petang berikutan keadaan cuaca gelap dan akan bersambung esok pagi.

Sementara itu, seorang lelaki warga Myanmar, Thaw Zim Xtut, 25, yang terjatuh ke dalam Sungai Pinang di Igan, Mukah Ahad lepas, masih belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berlangsung tiga hari dan tumpu ialah pada radius 1 km dari kilang papan, tempat beliau dilaporkan terjatuh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori