Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Haram Simpan Patung Di...

ANAK patung dengan pelbagai rupa sama ada manusia atau haiwan sering kali menjadi...

2 Nelayan Warga Indonesia...

KOTA KINABALU - Dua nelayan warga Indonesia maut dipercayai terbelit pukat tunda ketika...

Adik Taib Mahmud Dakwa...

KUCHING: Adik bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Mohamnad Tufail Mahmud, mahu isteri...

Imigresen Kedah Tahan 14...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 14 wanita warga asing dalam 'Ops...

Lelaki Ditemui Mati Tergantung

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan hidup ditemui mati tergantung di bilik belakang bangunan trafik lama di Jalan Omar di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pihaknya menerima satu aduan berhubung seorang lelaki yang ditemui mati tergantung kira- kira jam 8.11 malam.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kg Lukut Cina Kota Tinggi itu tidak bekerja dan meninggalkan seorang isteri serta empat orang anak berusia dua dan sebelas tahun.

“Mayat mangsa yang ditemui tergantung itu diturunkan dengan bantuan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat. Kes kematian diklasifikasikan tidak melibatkan unsur jenayah.


“Siasatan awal mendapati, mangsa difahamkan telah keluar rumah kira-kira jam 4.00 petang untuk memancing di Sungai Johor berhampiran bangunan trafik lama tersebut.

“Keluarga mangsa juga memaklumkan lelaki itu dipercayai menghadapi tekanan hidup,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori