Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pertingkat Perangi Keganasan ASEAN-Australia

SYDNEY – Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang berakhir pada Ahad telah mencadangkan...

Pengambilalihan Tanah Projek HRS...

KUALA LUMPUR – Proses pengambilalihan tanah bagi pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi...

Anwar Nafi Wan Azizah...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menerima RM60...

Pekerja Swasta Pun Nak...

PUTRAJAYA : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan kerajaan mempertimbangkan supaya pelepasan cukai...

Lelaki ‘Gemukkan’ Kekasih Elak Disambar Orang

CHINA – Bimbang kekasihnya menjadi rebutan lelaki lain, seorang lelaki bertindak `menggemukkan’ wanita itu dengan memberinya makan sehingga saiz badannya meningkat dua kali ganda.

You Pan berbuat demikian kerana bimbang kekasihnya, Yan Tai dirampas orang.

gemuk

Ketika mereka berkenalan dua tahun lalu, berat Yan Tai hanya 44.5 kg sahaja dan dia merupakan seorang gadis yang cantik.

Namun kini Yan Tai amat berbeza dengan berat 88 kg. Penambahan berat sebanyak 41 kg itu merupakan sebahagian daripada rancangan You Pan.

Selama beberapa bulan You Pan akan memastikan kekasihnya itu makan dengan banyak malah dia juga sanggup berbelanja untuk memastikan Yan Tai makan.


You Pan juga sanggup mengejutkan Yan Tai bangun tengah malam hanya semata-mata untuk memastikan wanita itu makan makanan ringan.

Semuanya dilakukan bagi memastikan wanita itu tidak menarik pada pandangan lelaki lain.

Bagi mengelakkan Yan Tai berubah hati, You Pan telah melamar wanita itu dan bakal melangsungkan perkahwinan.

Menurut You Pan, berkahwin kelak, dia akan terus memastikan Yan Tai makan agar badannya terus gemuk. – MYNEWSHUB.cc

https://youtu.be/Ee02nv6KDHA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori