SEORANG lelaki telah memecah rekod dunia selepas berjaya menyelesaikan permainan kiub rubik dalam masa 5.25 saat sahaja.
Memang menakjubkan sebab permainan kiub rubik itu amat mengelirukan semua pemain yang mencubanya.
Melalui video berdurasi lebih kurang satu minit itu, pergerakan pantas dan cekap Collin Burns selesaikan kiub itu dalam masa yang singkat mendapat tepukan gemuruh.
Ramai yang terkejut dan kagum dengan kebolehan dia mengatasi masa rekod yang ada.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQAKHIR