Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RM26 Juta Untuk Program...

MUAR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM26 juta tahun...

Apa Yang Terjadi Bila...

Seorang ninja berdiri tegak di tempat awam dengan papan tanda 'lawan saya'Ramai pejalan...

2 Tahun Mengandung, Wanita...

HEBOH di bandar Port Harcourt, Nigeria seorang wanita yang hamil selama dua tahun...

PTPTN Perlu Masa Kaji...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga...

Lelaki Peram Telur Rebus Dalam Badan Selama 20 Tahun

London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki berusia 62 apabila doktor menemui `telur rebus’ dalam badannya.

`Telur’ berkenaan rupanya selama ini telah menekan pundi kencingnya hingga memaksa lelaki terbabit kerap kencing.

Ia dikesan apabila lelaki itu mendapatkan rawatan di hospital, selepas lebih 20 tahun mengalami masalah itu.

Doktor yang memeriksanya kemudian mengambil sampel dan menghantar ke makmal untuk pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang perkara luar biasa mengenai penyakitnya.

Hanya selepas imbasan CT dijalankan barulah mereka menemui objek sepanjang 10cm dan lebar 7.5 cm. Ia seberat 220 gram.


Menurut New England Journal of Medicine, ketumbuhan berkenaan yang kelihatan seperti telur dipercayai terbentuk apabila kantung lemak dalam usus membran telah terpintal dan berubah menjadi ketulan.

Selepas pembedahan dijalankan bagi membuang telur berkenaan, lelaki itu tidak lagi mengalami masalah pundi kencing.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=OFi1pfRWl-w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori