Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Usul Putus Hubungan UMNO-Bersatu...

KUALA LUMPUR - Setelah lebih tiga jam bermesyuarat malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi...

Just how to Design...

Article writing support is consistently available to its customers, and you happen to...

Perodua Bezza Edisi Terhad...

SERDANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi...

Bekas Suami Abby Terkilan...

BAHARU saja mendirikan perkahwinan buat kali kedua, nama bekas suami Abby Abadi, Mohammad...

Lemang To’ki Buruan Geng Motosikal Berkuasa Tinggi

BENTONG – Hujung minggu di lebuh raya Karak terutama ke arah bandar Bentong tidak pernah sunyi dengan deruan motosikal berkuasa tinggi yang silih berganti melalui laluan itu.

Jalan berbukit dan selekoh tajam yang harus dilalui menjadi lokasi terbaik geng motosikal memanaskan enjin pada cuti rehat hujung minggu.

Menariknya, kebanyakan mereka bukan sahaja melayan panorama indah dan selekoh mencabar di laluan utama ke Pantai Timur itu, tetapi memburu menu makanan tradisi iaitu lemang yang cukup istimewa di Bentong.

TUMPUAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

Dari Plaza Tol Gombak, hanya kira-kira 40 minit sahaja diperlukan jika menunggang motosikal dalam kelajuan biasa untuk sampai ke kedai Lemang To’Ki yang terletak di jalan utama Bentong-Kuala Lumpur dan Bentong-Kota Bharu.

Menjadi sebutan dalam kalangan geng motosikal berkuasa tinggi sejak dua tahun lepas, ia disinggahi tidak kurang 500 buah motosikal terutama pada hujung minggu.

Pemiliknya, Mazlan Ramli, 50, yang berada di kedai sejak awal pagi sibuk memastikan segalanya tersedia bagi menunggu kedatangan pelangggan setia dalam kalangan geng motosikal yang biasanya akan sampai sekitar 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Suasana redup dengan dipayungi pokok-pokok besar dan dekorasi ala kampung menjadikan kedai To’Ki cukup selesa walaupun terletak berhadapan jalan utama.

Menyajikan lemang dan rendang sebagai menu utama, Mazlan yang dibantu lebih 10 kakitangan sentiasa tidak menang tangan melayan setiap pelanggannya terutama yang datang dalam satu kumpulan yang besar.

Keramahannya setiap kali turun padang menjadi resepi yang mengikat hubungan baiknya dengan setiap pelanggan.

Setiap hari tidak kuranng 150 batang lemang akan dibakar dan jumlah itu akan bertambah dua atau tiga kali ganda pada setiap hari Sabtu, Ahad serta cuti umum bagi menampung permintaan peminat lemang.

“Beginilah keadaannya bila hari minggu… memang tak menang tangan dibuatnya,” menurut Mazlan, yang juga anak peneroka dari Felda Lurah Bilut.

Isterinya, Norizan Maarof, 43, pula membantu menyediakan resepi rendang ayam dan daging bakar bersama air asam istimewa hasil air tangannya yang turut menjadi kegemaran ramai.

Menurut Mazlan, promosi dari mulut ke mulut dalam kalangan komuniti motosikal menyebabkan kedainya sentiasa menjadi tumpuan kumpulan berkenaan, selain turut mempromosikannya melalui media sosial seperti Facebook.

“Group motosikal ini sangat besar jaringannya…, mereka sering mencari tempat makan yang sedap dan suasana yang selesa bagi membolehkan mereka bersantai, berbual, berbincang sesama mereka.

“Sekitar tahun 2012, hanya sebilangan kecil sahaja motosikal yang singgah, namun bertambah dari masa ke semasa hingga sekarang dan kadangkala tak tertampung,” katanya.

ASAL USUL LEMANG TO’KI

Mula beroperasi pada tahun 2006, pada peringkat awal kedai Lemang To’ki hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi melihat penerimaan pelanggan terhadap lemangnya.

Setelah pelanggan bertambah setiap tahun, beliau membuat keputusan membuka sepenuhnya kedai Lemang To’Ki pada akhir 2011 dengan beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin.

“Kedai dibuka sekitar pukul 7.00 pagi hingga tengah malam dengan menyediakan menu sarapan pagi, makan tengah hari dan menu makanan panas pada waktu malam.

“Lemang pula disediakan dari pagi hingga pukul 5.00 petang sahaja,” katanya.

Mazlan yang mempunyai kemahiran dalam bidang mekanikal dari Politeknik Mara Kuantan, Pahang mempelajari cara membuat lemang daripada bapa birasnya yang berasal dari Perak.

Beliau mempelajari bermula dari proses awal mencari buluh dan daun pisang, cara mengadunkan santan, garam bersama pulut serta proses terakhir membakar.


“Resepi lemang To’Ki adalah dari saya sendiri, cuma saya belajar cara nak buat lemang tu dari orang Perak.

“Kerana itu, nama lemang dinamakan To’Ki, gabungan panggilan nama orang tua di Perak, iaitu Tok dengan Aki di Pahang,” menurut bapa kepada lima orang anak ini.

Bagi menjaga kualiti lemangnya, hanya seorang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk mengadunkan santan dan garam bersama pulut, manakala seorang lagi ditugaskan untuk membakar.

“Jika pekerja bercuti, saya sendiri boleh membuatnya dari proses awal hingga akhir,” katanya yang pernah membuka kedai membaiki kasut dan barangan kulit selama 16 tahun di Bentong.

CAWANGAN BAHARU

Penjenamaan lemang To’Ki yang semakin kukuh telah membuka cawangannya yang baharu di kawasan Benus yang terletak di tepi jalan antara Bentong-Karak.

Ia bagi menampung kesesakan pelanggan yang datang ke sini dan telah dibuka secara rasmi pada 31 Mac lepas, menurut Mazlan.

Bagi memastikan rasa dan kualiti yang sama, lemang dan semua menu yang dihidangkan dimasak dahulu di kedai di sini sebelum dihantar ke cawangan.

“Tapi pelanggan lebih suka datang ke sini, mungkin lebih selesa kerana di kedai baharu tu masih belum banyak pokok lagi, katanya yang turut merancang untuk membuka satu lagi cawangan baharu di Raub dalam masa dua tahun lagi.

Beliau juga kini dalam usaha mengembangkan perniagaan untuk menghasilkan produk sejuk beku bagi lemang, rendang dan air asam.

“Bukan sesuatu yang mustahil satu hari nanti, produk makanan To’Ki akan berada di Mekah dan Madinah atau di mana sahaja seluruh dunia,” katanya yang mengamalkan prinsip, buat sesuatu harus berfikiran jauh dan besar.

PELANGGAN PUAS HATI

Seorang penunggang motosikal yang selalu datang ke kedai Lemang To’Ki, Adam Shah Jerry Abdullah memberitahu bahawa lemang yang terdapat di sini enak dan secukup rasa dari segi lemak dan rasanya.

“Bila dapat makan lemang panas-panas bersama rendang yang enak memang puas hati,” katanya yang turut menyukai menu ayam dan daging bakar yang terdapat di sini.

Kebiasaannya beliau akan datang bersama-sama geng motosikal Narco Bikers yang disertainya sebagai satu daripada aktiviti santai terutama pada hujung minggu.

“Suka tempat ini sebab lokasinya tidak berapa jauh dari tempat tinggal kami di Kuala Lumpur… biasanya selepas bersarapan, kami akan terus balik.

“Laluan singkat ke sini dapat melepaskan rindu terhadap aktiviti menunggang motosikal,” katanya.

Bukan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur sahaja, malah kumpulan bermotosikal dari negeri lain turut berkunjung ke sini. Antaranya geng TTJ Bikers dari Seremban, Negeri Sembilan yang disertai 30 buah motosikal.

Presidennya, Mohammad Azizi Abdullah berkata beliau mengetahui tentang keenakan lemang To’Ki melalui facebook dan maklum balas daripada geng-geng motosikal lain yang pernah datang ke sini.

Beliau bersama ahlinya yang dalam perjalanan santai ke Cameron Highland, memilih untuk melalui jalan Karak, Bentong dan Sg Koyan, Raub untuk ke sana dan kemudiannya akan pulang dengan melalui Simpang Pulai.

“Ini kali pertama saya dan ahli kumpulan sampai ke sini… memang tidak mengecewakan ditambah dengan layanan mesra yang diberikan pemilik kedai di sini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori