Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Microsoft Dan Yahoo! Berminat...

Baru-baru ini, Mozilla telah memilih Yahoo! sebagai penyedia enjin carian utama mereka di...

DAP Tampal Wajah Mahathir...

KUALA LUMPUR - Gabungan pembangkang bertopengkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menghina Tun...

Waspada Ketika Melayari Laman...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna Internet supaya...

Tambahan Dana Mampu Tingkat...

JELI - Kerajaan Persekutuan perlu memperuntukkan dana tambahan untuk penyelidikan bagi membolehkan universiti-universiti...

Liga Super: Selangor Menang Besar.. JDT, FELDA Tunjuk Taring

KUALA LUMPUR: Hatrik dalam tempoh sembilan minit Mohd Afiq Azmi di Stadium Shah Alam membantu Selangor mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Lions XII – sekali gus terus menghuni kedudukan di puncak Liga Super, malam tadi.

FELDA United turut mengukuhkan cengkaman di tangga kedua selepas menewaskan Terengganu 3-1 di gelanggang lawan manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) membenam Kelantan 3-1 di laman sendiri.

Bermula dengan jaringan pada minit ketujuh, Afiq menambah jaringan kedua pada minit ke- sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-15 dengan ketiga-tiga jaringannya dibantu kelemahan jentera pertahanan Lions XII.

Pemain import, Guilherme de Paula yang turut memainkan peranan penting terhadap ketiga-tiga gol Afiq melengkapkan jumlah jaringan Selangor pada minit ke-78 juga dengan menggunakan sepenuhnya kesilapan pertahanan pelawat.

Afiq sebelum ini turut meledak dua gol ketika menentang ATM, minggu lalu dan hatrik ketika membenam Lions XII menyaksikannya mengumpul keseluruhan tujuh gol yang meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang pemain PDRM, Mamadou.

PEMAIN JDT, Harris Harun (dua dari kanan) diasak pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (dua dari kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin, Berita Harian.
PEMAIN JDT, Harris Harun (dua dari kanan) diasak pemain Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (dua dari kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini. – Foto Mohd Azren Jamaludin, Berita Harian.

JDT bangkit ceriakan penyokong

Di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-1.

Gawang JDT begitupun lebih awal bocor menerusi jaringan pemain import pelawat, Austin Amutu seawal minit ke-10 dengan jaringan penyamaan cuma terhasil sembilan minit kemudian menerusi Hariss Harun yang menanduk masuk hantaran cantik Amri Yahyah dari kanan padang.

Tidak menunggu masa, penyerang import JDT, Alhaji Kamara meletakkan tuan rumah di depan selepas mendapat hantaran daripada Asraruddin Putra Omar sebelum Amri meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-43.

Menerusi gerakan satu dua cantik bersama Alhaji, Amri yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kaki kiri cantik ke bucu kanan gawang Kelantan menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.


Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan status mereka selaku pasukan pilihan dengan membelasah pasukan berstatus kelab, Sime Darby 3-0. Ketiga-tiga gol PDRM dijaringkan pemain import iaitu dua daripada Ali Ashfaq (m36,47) dan Mamadou pada minit ke-52.

PEMAIN Terengganu, Norshahrul Idlan (tiga dari kiri) merembat ke gawang FELDA United dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. - Foto Rozainah Zakaria, Berita Harian.
PEMAIN Terengganu, Norshahrul Idlan (tiga dari kiri) merembat ke gawang FELDA United dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. – Foto Rozainah Zakaria, Berita Harian.

FELDA sekat Terengganu

Di Kuala Terengganu, tuan rumah Terengganu gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 1-3 kepada FELDA United.

FELDA di depan menerusi jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-21 namun disamakan tuan rumah menerusi jaringan Paulo Rangel pada minit ke-63.

Begitupun, dua gol pemain import Makeche Ndunba pada minit ke-79 dan Zah Rahan pada minit ke-83 membuatkan Terengganu gigit jari.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak terpaksa berpuas hati mengutip satu mata apabila diikat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-1.

Gol Sarawak dijaringkan Ryan Griffiths pada minit ke-66 manakala gol ATM dijaringkan Nelson Palacios, dua minit kemudian.

– BERITA HARIAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori