Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ratusan Terperangkap Di Carolina...

WILMINGTON - Kakitangan kecemasan menyelamatkan ratusan penduduk yang terperangkap, selepas hujan lebat dan...

Sukan Asia: Kita Banyak...

INCHEON - Seperti dijangka, skuad sepak takraw negara gagal mengharungi misi dianggap mustahil...

Tragedi MH17: Ukraine Teguh...

KUALA LUMPUR: Ukraine sentiasa berpegang teguh pada komitmen untuk mencari kebenaran dan mendapatkan...

TPM, Isteri Turut Ziarah...

SEHARI selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan beliau, Datuk Seri...

Luahan ‘Wanita’ Gambar Kad Pengenalan Tersebar

Sehari dua ini, beberapa gambar seorang ‘wanita’ yang disertakan gambar MyKad miliknya menjadi viral apabila giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.

Jika anda lihatkan wajahnya, sudah pasti anda tidak dapat dapat mengecam identiti beliau kerana wajahnya amat persis seorang wanita.

Maka banyaklah pihak yang menyebarkan maklumat kononnya dia ingin mencari jodoh dengan menyebarkan beberapa gambar miliknya di WhatsApp.

Kami yakin anda juga dapat mesej seperti di bawah ini bukan?

awek4

awek2

Namun, hakikat yang ‘mengecewakan’ kebanyakkan pemuda-pemudi ialah sebenarnya awek cun ini adalah seorang lelaki apabila kad pengenalannya memaparkan nama Hafizal Bin Hussain.

awek1

Terbaru, melalui sebuah video, dia meluahkan rasa sedihnya dan merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=HR23jqYlTDY&feature=youtu.be


“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

Gambar kad pengenalannya itu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan mangsa yang bernama Hafizal ini terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan dan mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya.

Bertambah buruk lagi apabila adanya individu yang tidak bertanggungjawab menyunting gambar kad pengenalannya itu menyebabkan Hafizal dilemparkan dengan kata-kata buruk.

Apa-apa pun, jika Hafizal ini sememangnya sejak azali adalah lelaki tetapi hendak menjadi perempuan, nasihatlah dia dengan menggunakan cara yang betul melainkan yang dia seorang khunsa sejak dilahirkan.

Menjadi kewajipan kita untuk saling mengingati, tetapi bukan hak kita untuk sebarkan maklumat peribadi orang lain.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori