Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kajian Impak DLP Diketahui...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedang menjalankan kajian impak 'Dual Language Programme' (DLP)...

Perbicaraan Tuduhan Tambahan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan perbicaraan selama 16...

2 Rakyat Malaysia Selamat...

DUA daripada 11 rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara telah selamat...

Gerakan Merah Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) meminta polis mengambil...

Makanan Laut Punca Wajah Hafreez Adam Dahulu ‘Hodoh’

TEMPOH hari kami ada menyiarkan artikel mengenai pelakon kacak yang semakin meningkat naik, Hafreez Adam yang pernah dicerca gara-gara penampilan selekeh dan kulitnya yang berjerawat satu masa dulu.

BACA: Hafreez Adam – Dulu Dicaci Kerana Serabai, Kini Digilai

Siapa sangka, dia yang dahulunya berpenampilan selekeh dan hodoh kini digilai ramai gadis.

Perubahan penampilan pelakon drama Hati Perempuan yang kini jauh berbeza dari beberapa tahun lalu sememangnya mengejutkan.

IMG_2666

Pendedahan pemenang Artis Lelaki Baru Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 menerusi blog peribadinya, Stories About Life telah memberi 1001 inspirasi buat insan lain.

Menyingkap kisah gelap hidupnya, Hafreez mendedahkan kegilaannya terhadap makanan laut menjadi punca wajahnya kelihatan ‘hodoh’ akibat dipenuhi jerawat.

hafreez-adam-2-720x3511

Hal itu menyebabkan Hafreez terpaksa menghabiskan usia remaja dengan berkurung di rumah ekoran hilang keyakinan diri dan terlalu malu berjumpa orang ramai.


“Ketika berumur 18 tahun muka saya sangat teruk kerana mempunyai banyak jerawat  menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan berasa malu. Saya juga jarang keluar bersama rakan-rakan,” katanya.

Bagi memulihkan masalah jerawatnya, Hafreez memberitahu dia mendapatkan rawatan doktor yang menasihatinya agar tidak lagi memakan makanan laut.

“Sejak menerima nasihat yang diberikan oleh doktor saya tidak lagi memakan makanan laut selama lima tahun dan semenjak itu, jerawat di muka saya semakin berkurangan walaupun tidak hilang seratus peratus.

“Perkara ini mungkin juga terjadi disebabkan proses hormon yang terdapat pada badan sewaktu remaja ditambah lagi ketika itu saya kurang menitikberatkan pemilihan makanan yang berkhasiat,” katanya.

Dalam pada itu, Hafreez mengakui perubahan dirinya berlaku secara berperingkat dan mengambil masa lama untuk mengembalikan keyakinan dirinya.

Moga kisah Hafreez menjadi motivasi buat insan lain yang turut berhadapan masalah kulit wajah.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori