Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MAVCOM Kecewa, Rasa Terhina...

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kecewa dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menggabungkan suruhanjaya berkenaan...

SPRM Dedah Rakaman Dakwa...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman...

Terkejut Tingkap Pesawat Jatuh...

LONDON - Seorang lelaki terkejut apabila bingkai tingkap sebuah pesawat jatuh ke atas...

Pelayan Istana Kongsi Kisah...

ALOR SETAR - Kisah mengenai keperibadian Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam...

Malaysia Raih Kemenangan Pertama Tewaskan India 3-2

IPOH – Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24, selepas menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.

Kemenangan tipis tersebut sekali gus melonjakkan semangat anak buah Tan Beng Hai untuk menharungi perlawanan seterusnya, selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Pada perlawanan tertangguh selama satu jam ekoran hujan lebat itu, Faizal Saari meletakkan Malaysia di hadapan apabila menjaringkan gol pada minit ke-17 menerusi pukulan sudut penalti.

Kedudukan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila India menjaringkan gol penyamaan menerusi Rupinder Singh pada minit ke-20, juga melalui pukulan sudut penalti.

Terikat 1-1, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan hasilnya Muhammad Haziq Samsul menceriakan 5,000 penyokong negara yang menyaksikan perlawanan itu apabila menyumbat masuk gol kedua Malaysia pada minit ke-35.

Walaupun ketinggalan satu gol, ia tidak mematahkan semangat anak buah Paul Van Ass dan Rupinder sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Namun, Mohd Shahrun Nabil Abdullah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia selang tujuh minit kemudian.


Malaysia perlu memenangi baki dua perlawanan iaitu menentang Korea Selatan dan Kanada untuk berada di kedudukan terbaik pada kejohanan tersebut.

Skuad negara sebelum ini, tumpas 2-4 kepada New Zealand pada perlawanan pertama dan 2-3 kepada juara dunia Australia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Beng Hai berkata beliau berpuas hati dengan rentak permainan skuad negara malam ini.

“Kesemua pemain mempamerkan persembahan terbaik mereka malam ini,” katanya.

Mengenai pertemuan menentang Korea Selatan esok, Beng Hai berkata beliau tidak dapat menjangkakan corak permainan pasukan lawan, namun berharap anak buahnya dapat menampilkan prestasi yang lebih baik.

Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang tadi, Australia meraih kemenangan ketiga apabila mengalahkan Korea Selatan 5-2, manakala New Zealand menewaskan Kanada 5-0. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori