Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak Ditangkap Polis Menari...

DUBAI - Seorang budak lelaki berusia 14 tahun ditahan polis kerana menari diiringi...

FELDA Hasrat Ambil Semula...

KUALA LUMPUR - Saham FGV Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini...

15 Haiwan Pelik Berwajah...

SPESIS haiwan di dunia ini terlalu banyak dan semakin berkembang oleh kerana pembiakan...

Suami Lana Ada Tatu,...

TIDAK salah kalau nak menegur perbuatan seseorang itu, tapi cuba kita lihat adakah...

Manusia Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 116 Tahun

AUSTIN, Texas – Manusia tertua di dunia, Gertrude Weaver meninggal dunia pada usia 116 tahun di sebuah rumah orang tua di Arkansas, kata pegawai hari ini.

Weaver berkata, rahsia untuk hidup lama ialah melayan orang dengan baik, beroleh tumpuan dunia buat seketika apabila diumumkan manusia tertua di dunia.

Pentadbir Pusat Kesihatan dan Pemulihan Silver Oaks di Camden, Arkansas, Kathy Langley berkata, mendiang gembira membaca berita di akhbar yang melaporkan dirinya adalah manusia tertua di dunia.

“Dia memang gembira membaca berita itu. Kami semua sedih atas pemergian beliau,” kata Langley.

Kumpulan Penyelidik Gerontologi berkata, Weaver dilahirkan pada 4 Julai 1898 dan disahkan manusia tertua di dunia.


Katanya, hanya ada tiga orang di bumi ini yang dilahirkan sebelum 1900.

Weaver dilahirkan di Arkansas dekat sempadan Texas dan bekerja sebagai pembantu rumah.

Kini manusia tertua di dunia ialah Jeralean Talley, yang dilahirkan pada 23 Mei 1899 dan akan berusia 116 tahun bulan depan. – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=Nkwn7djQVwg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori