Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Angkasawan Negara Jadi Penghantar...

KUALA LUMPUR - Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak...

Pesawah Miliki Kereta Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang pesawah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret...

Israel Negara Pertama Serang...

BAITULMAQDIS - Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan...

APMM Labuan Hantar Pesakit...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan misi ihsan menghantar seorang...

MARDI Belanja RM1.8 Juta Bantu 180 Usahawan Tani Di Pahang

BERA – Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) membelanjakan sebanyak RM1.8 juta membantu 180 usahawan tani Pahang di bawah Projek Azam Tani MARDI sepanjang tahun lepas sehingga Mac tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, setiap usahawan tani dari daerah Maran, Temerloh dan Bera itu menerima bantuan secara purata RM1,000 seorang bagi menjalankan pelbagai projek untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

“Program Azam Tani ini dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan menggalakkan penduduk bergiat cergas dalam bidang pertanian sekali gus mengurangkan kadar penggangguran serta mengatasi kadar kemiskinan.

Antara projek yang diusahakan termasuk tanaman jangka pendek seperti jagung, tembikai, cendawan, ternakan ikan patin, ikan hiasan, ikan air tawar dan ternakan udang,” kataya kepada Bernama di sini hari ini.

Norol Azali yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Bera berkata, penduduk yang berdaftar e-kasih dan terbabit dalam program AZAM Tani berjaya meningkatkan pendapatan masing-masing serta mengembangkan projek sehingga ada yang menjadi usahawan berjaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori