Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pemilihan UMNO: Dua Calon...

KUALA LUMPUR : Dua calon Naib Presiden UMNO mendahului saingan merebut jawatan berkenaan...

Wanita Sanggup Bawa Anak...

LUMUT - Seorang wanita sanggup membawa anak lelakinya berusia 11 tahun ke tempat...

Wanita Didakwa Guna Dokumen...

Kota Kinabalu : Seorang bekas pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di...

Anwar Bebas Dua Hari...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat...

Masalah Kesihatan Tak Halang Qari Kelantan Muncul Johan

KUALA LUMPUR – Meskipun mengalamai masalah sakit tekak yang sedikit menjejaskan mutu suara, ia tidak menghalang qari Kelantan, Wan Ainuddin Hilmi memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan lancar dengan taranum yang baik.

Keadaan itu sekaligus menobatkan beliau johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58.

Berusia 32 tahun dan imam Masjid Tun Abdul Aziz di Seksyen 14, Petaling Jaya itu menganggap kemenangan yang diraih suatu anugerah dan akan terus memperbaiki mutu bacaannya.

“Saya juga akan menjalani kursus bacaan intensif bersama guru saya sebagai persediaan untuk peringkat antarabangsa nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di sini malam tadi.

Pemenang kategori qariah Siti Husnaa Hassan pula bersyukur dengan kemenangan itu memandangkan peserta lain juga tidak kurang hebatnya.

Anak sulung dari enam beradik itu turut berkongsi tips bagi membolehkan beliau membaca ayat Al-Quran dengan lancar iaitu mengamalkan membaca Al-Quran pada waktu pagi.


Biarpun baru berusia 23 tahun, pelajar jurusan Teknologi Makmal Perubatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpendapat usia bukan penghalang untuk muncul johan.

“Saya akan buat yang terbaik pada peringkat antarabangsa nanti kerana ia peluang julung kali buat dirinya,” katanya yang kini sedang menjalani kursus jangka pendek Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ) di Darul Quran, Kuala Kubu Baru di sini.

Kedua-dua pemenang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah Proton Preve, piala pusingan serta pakej menunaikan fardu Haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah selama enam hari bermula Isnin lepas itu bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, menghimpunkan 28 peserta merangkumi 14 qari dan 14 qariah dari setiap negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori